Sponsor

Sunday, August 2, 2015

--> Countdown to my E-day

Dah lama tak update blog, tetiba cakap pasal tunang kan. Lately asyik bukak blog tunang je so rasa nak tulis jugak pasal my own engagement prep kat blog ni. InsyaAllah boleh bertukar-tukar idea dan jadi sumber rujukan untuk bakal-bakal tunang lain nanti.

Ni first time introduce si dia kat blog, yang sebelum ni semua ke laut. Takpe la anggap je semua tu asam garam kehidupan ye tak. Yang lama2 tu lupakan je, just focus and appreciate apa yang kita ada sekarang. Peringatan untuk diri sendiri jugak supaya tak stalk benda lama and sakit hati sendiri hahaha.

InsyaAllah tarikh tunang dah set 31 Ogos 2015, bersamaan hari Isnin. Tinggal tak sampai sebulan, aku pun dah mula beli barang sikit2. Biasa la bab shopping memang suka sangat. Tapi Ikhwan apa pun takde buat lagi tu, busy memanjang. Next week baru nak survey cincin, pergi dengan bakal mak mertua sekali. Nervous and excited at the same time. Takut tak reti nak pilih, semua nampak lawa, semua nak hahaha.

Next entry rasa nak tulis pasal pelamin, ingat nak DIY, dah ada beberapa design yang rasa macam simple and doable. Nanti kita share ye. Till then, bye!


<3


0 LOVE(S):

Post a Comment

© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger