Sponsor

Thursday, October 8, 2015

Tips Menggayakan Pakaian Muslimah dan Tampil Sopan

Ramai wanita berhijab macam kita rasa susah nak bergaya since kena mix & match tudung, baju, skirt / seluar, kasut, bag lagi, belum accessories tambahan lain macam necklace semua tu. Sapa ada rasa macam tu wajib baca tips yang kita nak share ni, simple tips that can make us look different, in a good way of courseeee.

Sebenarnya, kita yang bertudung pun boleh bergaya dan berfesyen asalkan kita follow etika pemakaian yang bersesuaian so that tetap kelihatan sopan. Especially sekarang ni, banyak koleksi pakaian muslimah yang trendy and fashionable sesuai untuk wanita muslimah. Macam sekarang ni pakai jubah pergi mall pun orang tak pandang pelik kannn. The simpler, the better. Kita tak nak nampak trying too hard nak nampak bergaya tu. No no noo. 

So, sebelum nak shopping baju baru untuk imej muslimah korang jom baca dulu tips bergaya dengan koleksi pakaian Muslimah moden;



 
1.      Pilih pakaian yang menepati saiz badan anda

Apa yang paling penting, pakai pakaian yang tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan anda. Dan jangan pakai pakaian yang terlalu longgar sehingga menampakkan saiz badan anda lebih besar daripada biasa. Jika saiz badan anda bersaiz S, pakai pakaian yang bersaiz S atau M.



2. Pilih pakaian bersesuaian dengan acara yang ingin anda hadiri

Jika anda ingin menghadiri majlis-majlis rasmi atau istimewa, anda boleh memakai baju kurung moden atau jubah moden untuk kelihatan sopan. Dan untuk aktiviti-aktiviti sosial pula, anda boleh bergaya dengan koleksi blouse muslimah dan t-shirt untuk dipadankan dengan pilihan skirt labuh dan seluar panjang. Untuk menyerlahkan lagi penampilan anda, anda juga boleh memakai aksesori yang ringkas dan bersesuaian.


3. Pilih pakaian yang menepati personaliti anda

Penting untuk anda mengenali personaliti anda terlebih dahulu sebelum memakai apa jua jenis pakaian. Apa yang paling penting, anda haruslah berasa selesa sepanjang pemakaian agar anda boleh meningkat keyakinan diri. Jika anda merupakan seorang yang kasual dan santai, pakai pakaian yang lebih ringkas dan kasual seperti seluar dan t-shirt. Dan jika anda seorang yang feminine, tampil bergaya dengan koleksi dress muslimah dan jubah moden.


4. Bergaya ringkas

Simple is more. Jangan bergaya dengan keterlaluan dan memakai pakaian yang tidak sedap dipandang. Pilih pakaian dengan tidak lebih daripada 3 kombinasi warna dengan motif yang tidak serabut.




0 LOVE(S):

Post a Comment

© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger