Sponsor

Thursday, November 17, 2016

Resepi Ayam Sambal Bali dan Kentang Sambel Indo



Dinner semalam. Ayam Sambal Bali, Kentang Sambel Indo, Sayur Paprik dan Ulam Kacang Botol & Sambal Kicap. First time masak Ayam Sambal Bali resepi Aisha Shukor. Sedapp. Cara buat macam sambal biasa cuma tambah serai dan daun kari, dua bahan yang buatkan sambal ni wangi sangat. Cuba lahh.




Resepi Ayam Sambal Bali
  • Seekor ayam
  • Segenggam cili kering - blend
  • 6 biji bawang besar - blend
  • 1 labu bawang putih - blend
  • 1/2 inci halia - blend 
  • 1/2 ibu jari belacan - blend
  • 5-8 batang serai - dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 3 s/b gula
  • 2 s/k garam
  • Kicap

Bersihkan ayam, kunyit dan garamkan kemudian goreng. Masukkan serai dan daun kari goreng sampai garing. Masuk bahan blend tumis sehingga wangi dan garing. Masuk gula, garam dan renjiskan kicap. Masukkan ayam dan masak lagi 10 minit. Siap.




Resepi Kentang Sambel Indo
  • 5 biji kentang 
  • 4 biji cili hijau (ditumbuk) 
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk) 
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk) 
  • 3 helai daun limau purut (disiat2)
  • 4 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu gula atau secukup rasa

Kupas kentang, potong bentuk wedges, goreng dan ketepikan. Panaskan minyak masukkan bahan-bahan tumbuk goreng sehingga garing dan wangi. Masukkan daun limau purut, sos tiram dan gula. Akhir sekali masukkan kentang, kacau dan biarkan selama 3-4 minit. Siap.




0 LOVE(S):

Post a Comment

© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger