Sponsor

Friday, April 14, 2017

Misi pencarian peti sejuk

Bayangkan hidup hampir 4 bulan tanpa peti sejuk huaa. Dah la masak, gigih setiap kali nak masak pegi Tesco, nasib la Tesco 5 minit je dari rumah. Sebelum beli peti sejuk ni boleh kata hari-hari survey kt lazada la, seng heng la, harvey norman la sedih betul hidup. Akhirnya bulan Januari haritu dapat pun, ayah sponsor RM1000 lebih tu topup duit sendiri. Alhamdulillah rezeki. 


     

Kitorang beli kat Wah Lee area Relau tu. Dia sebelah je ngan Seng Heng, tapi survey kat Seng Heng mahal lagi. Dok survey brand Panasonic orang kata bagus kan, LG memang out of list sebab kat rumah mak ada satu, pintu x boleh tutup rapat, getah tu dah tak grip. Ingat nak yang 269L je sekali pergi Wah Lee harga just beza RM100 dengan 333L tu, tapi size memang beza sangat. So amek yg 333L la puas hati. Harga RM1500 - RM10 lucky draw + RM68 additional 2 yrs warranty total RM1558. Ok la kan peti sejuk nak pakai lama, harap2 bertahan berpuluh2 tahun.







0 LOVE(S):

Post a Comment

© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger