Selepas 3 hari mak bagi sukun ni baru nak goreng. Dah agak ranum masa potong tu agak susah sikit. Tapi bila goreng sedap sangat rasa berlemak. Malam sebelum goreng beriya google resepi tapi kebanyakan bubuh air kapur, kita takde air kapur la, pastu ada yang bubuh telur. Hmm
Better whatsapp mak tanya, tapi mak2 ni dia bagi basic ingredients je takde sukatan semua, main agak2 sendiri la ye, guna lidah rasa sendiri hehe. So lepas agak2 haritu jadi jugak, yang penting laki kata sedap hihi.
2 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
Minyak panas
Air
Garam
Serbuk kunyit untuk warna
Campur je semua bahan tu, sampai kepekatan yang sesuai, pastu goreng dan siap untuk dihidang. ☺
0 LOVE(S):
Post a Comment