Sponsor

Tuesday, November 15, 2016

Yay dah kahwin

Alhamdulillah syukur pada 10 September 2016 dah selamat menjadi isteri kepada Mohd Ikhwan bin Idris. Akhirnya dapat jugak rasa perasaan berkahwin, jadi isteri. Mula2 macam tak percaya je, sekarang masih adapt lagi. Banyak benda baru nak kena belajar.

Hari ni dah 66 hari jadi isteri, enjoy pagi2 bangun sediakan breakfast, masak, baking. Nanti kita update share resepi pulak. Alhamdulillah, thank you Allah for this experience.









Monday, August 15, 2016

Tema Baju Bridesmaid

Mula-mula takde pun warna tema, benda first beli adalah goodie bags warna merah. Tapi lama-kelamaan macam cenderung ke warna purple. So, purple it is for my side's theme. Goodie bag beli lain warna purple. 

Actualy takde pun bridesmaid ni, cuma beli kain untuk family. Mula-mula nak pergi Nagayo since ramai kata murah, tapi Kamdar lagi dekat sebelah office je. So pergi Kamdar Kompleks Bukit Jambul. Terus beli sebab tak nak postpone dah, karang lambat diorang nak tempah baju.


 Nama kain ni "Plain Syafiq Kyle Cherry Dobby 45"'


Beli dalam 40 meter, tapi diskaun tetap 10%. Daripada RM8.50 tinggal RM7.65 semeter.
Ok la tu kan kain sponsor. 

Bungkus elok sikit, kain sequin tu untuk letak dekat lengan baju. 
Hari kenduri baru dapat tengok macam mana bajunya. Hope semua baju sempat siap.


Friday, August 12, 2016

Review Kad Kahwin

Alhamdulillah kad kahwin sampai Isnin lepas. Elok2 sebulan sebelum majlis. Excited betul Rabu lepas dah start edar kad.

Panjang tau cerita kad kahwin aku ni. Aku design dekat Malaysia tapi print dekat China. Sebab nak lain dari lain punya pasal. Berkenan sungguh design kad China tu. Kat Malaysia mesti mahal kalau kad macam tu. Untu design aku hire @kletoodesign. Boleh check kt instagram ye. Service bagus, tak kisah pun edit berapa kali, nak resize semua dia layan je. Harga pun affordable.


 

 


Untuk print mula2 aku nak pkai agent sebab aku mana pandai cakap cina. Nak kena chat ngn diorang sebab barang custom made. Tapi response agent slow dia pun ramai orang nak layan. Lastly aku decide nak deal je sendiri, gamble! Berbekalkan Google Translate, kecekalan dan kesabaran, alhamdulillah sempurna jugak kad aku.

Thank you Google Translate

Yay dah sampai. Pantas ok orang China buat kerja, print sehari je.

Ribbons semua free

Dah siap letak ribbon

Final look and ready to be distributed. Cantik ke takkk? Berbaloi sangat bersusah payah untuk kad ni. No, tak mahal pun sebab bukan beli kat Malaysia. =P








© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger