Sponsor

Wednesday, November 30, 2016

English style breakfast


Today's breakfast, English style as requested by mr husband. English breakfast ni sekejap nak buat, jimat masa. Onion ring tu baru cuba buat, pun simple je resepinya. Ambil dari group MAHN, best join group tu, macam2 resepi diorang share, motivated nak masak. 


RESEPI ONION RING (click untuk ke resepi asal)

Bawang holland
2 s/b tepung gandum
2 s/b tepung beras
1 s/t baking powder
Secubit garam
Secubit gula
Secubit lada sulah / lada hitam
3 s/b air

Semua bahan dikacau rata, celup bawang kemudian goreng dengan api sederhana. Siap!





Thursday, November 17, 2016

Resepi Ayam Sambal Bali dan Kentang Sambel Indo



Dinner semalam. Ayam Sambal Bali, Kentang Sambel Indo, Sayur Paprik dan Ulam Kacang Botol & Sambal Kicap. First time masak Ayam Sambal Bali resepi Aisha Shukor. Sedapp. Cara buat macam sambal biasa cuma tambah serai dan daun kari, dua bahan yang buatkan sambal ni wangi sangat. Cuba lahh.




Resepi Ayam Sambal Bali
  • Seekor ayam
  • Segenggam cili kering - blend
  • 6 biji bawang besar - blend
  • 1 labu bawang putih - blend
  • 1/2 inci halia - blend 
  • 1/2 ibu jari belacan - blend
  • 5-8 batang serai - dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 3 s/b gula
  • 2 s/k garam
  • Kicap

Bersihkan ayam, kunyit dan garamkan kemudian goreng. Masukkan serai dan daun kari goreng sampai garing. Masuk bahan blend tumis sehingga wangi dan garing. Masuk gula, garam dan renjiskan kicap. Masukkan ayam dan masak lagi 10 minit. Siap.




Resepi Kentang Sambel Indo
  • 5 biji kentang 
  • 4 biji cili hijau (ditumbuk) 
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk) 
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk) 
  • 3 helai daun limau purut (disiat2)
  • 4 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu gula atau secukup rasa

Kupas kentang, potong bentuk wedges, goreng dan ketepikan. Panaskan minyak masukkan bahan-bahan tumbuk goreng sehingga garing dan wangi. Masukkan daun limau purut, sos tiram dan gula. Akhir sekali masukkan kentang, kacau dan biarkan selama 3-4 minit. Siap.




Tuesday, November 15, 2016

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Ni menu pertama aku masak selepas jadi bini. Actually husband dah lama request dari belum kahwin, tapi lepas kahwin baru dapat. huhu. Actually tak susah pun buat nasi goreng pattaya, kita makan kat kedai pun bukan ada apa sangat, just letak isi ayam je. Kalau tak kedekut bahan confirm sedap. Tapi aku yang baru kawin ni pakai apa yang ada jela, asalkan kenyang. ☺





NASI GORENG PATTAYA
  • 2 cawan nasi putih
  • 1 keping dada ayam - potong kecil
  • Udang segar 
  • 1/2 lobak merah - dipotong kiub
  • 1 tangkai cili merah - dipotong serong
  • 2 biji cili padi - dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili / tomato
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 2 biji telur - dipukul (untuk dadar)



© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger