Sponsor

Tuesday, April 18, 2017

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

9/12/2016

Alhamdulillah harini masuk 6 bulan dah baby dalam perut. Dapat tau pregnant masa 5 weeks macamtu. Since kahwin bulan 9 tak pernah beli pun UPT even lepas kahwin period asik delay. Sebelum kawin period aku memang muncul tiap2 bulan, kalau lari sikit pun dalam 1-2 hari je. Rasanya ramai je period jadi lambat lepas kahwin, perubahan hormon maybe. 

Ceritanya boleh beli UPT tu sebab kawan ofis check UPT and dia pregnant. Aku masa tu baru 2 hari delay period, cakap kat dia kalau delay 6 hari baru nak beli UPT test, sebab pernah 5 hari delay tup2 period. Tak mau membazir mahai kot UPT tu haha.

Masa beli UPT tu pi beli ngan kawan kot, nak rahsia dari husband, takmau la nanti negatif kecewa kan. At the same time kalau positif nak la surprisekan husband. Nak rahsia la sangat sekali kawan aku tu pi kantoikan. Pagi 9/12/2016 tu dub dab dub dab nak check, husband dok tido lagi aku pi masuk toilet check sorang-sorang. Punya la dub dab tunggu result tu hoi. Sekali muncul 2 line, tapi  mula2 kabur, lama2 makin terang & jelas. Tak tau nak cakap perasaan masa tu macam mana, happy sedih takut semua ada.

BTW aku sempat 2 kali period sebelum pregnant, siap period masa honeymoon lagi. Mula2 tu husband ada cakap tak nak anak lagi, biar 5 6 bulan camtu baru nak anak, honeymoon dulu la apa la. Dia dah la pandai kira waktu subur aku, ada la dia elak bersama waktu subur tapi mula2 jela lepastu dia dah boleh terima kot nak anak awal. Alhamdulillah Allah tetap bagi rezeki anak awal.

Setengah orang kata jangan merancang la, takut nanti Tuhan tak bagi terus, tu pun macam buruk sangka kat Tuhan kan. Macam aku dulu sedih jugak husband kata nanti dulu anak, biasala naluri perempuan lepas kahwin kalau boleh nak anak awal. Tambah pulak takut orang mengata kalau lambat dapat anak. Sekarang alhamdulillah dia pun kata memang betul ada rezeki anak ni, dari awal tahun dia banyak close case, ramai orang refer dia kat family, kawan-kawan. Kalau siapa nak cari takaful boleh contact kami ye Rozana 0136448636 & Ikhwan 0125472711 Great Eastern Takaful


15/12/2016 pegi Klinik Kesihatan Sg Dua bagitau diorang dah check UPT positive, then diorang suruh ambil urine lagi sekali untuk confirmkan, alhamdulillah memang positive.

Tak cukup dengan itu, esoknya 16/12/2016 pegi pulak scan kat klinik swasta, tapi sayangnya tak nampak apa pun terlalu kecik lagi baru 6 weeks memang tak nampak apa la. Takpela newbie kan, seeloknya bersabar la sikit tunggu 8-9 weeks ke.


-to be continued-






Friday, April 14, 2017

Misi pencarian peti sejuk

Bayangkan hidup hampir 4 bulan tanpa peti sejuk huaa. Dah la masak, gigih setiap kali nak masak pegi Tesco, nasib la Tesco 5 minit je dari rumah. Sebelum beli peti sejuk ni boleh kata hari-hari survey kt lazada la, seng heng la, harvey norman la sedih betul hidup. Akhirnya bulan Januari haritu dapat pun, ayah sponsor RM1000 lebih tu topup duit sendiri. Alhamdulillah rezeki. 


     

Kitorang beli kat Wah Lee area Relau tu. Dia sebelah je ngan Seng Heng, tapi survey kat Seng Heng mahal lagi. Dok survey brand Panasonic orang kata bagus kan, LG memang out of list sebab kat rumah mak ada satu, pintu x boleh tutup rapat, getah tu dah tak grip. Ingat nak yang 269L je sekali pergi Wah Lee harga just beza RM100 dengan 333L tu, tapi size memang beza sangat. So amek yg 333L la puas hati. Harga RM1500 - RM10 lucky draw + RM68 additional 2 yrs warranty total RM1558. Ok la kan peti sejuk nak pakai lama, harap2 bertahan berpuluh2 tahun.







Thursday, April 13, 2017

Resepi sukun goreng

A post shared by Rozana Razali (@rozanarazali) on

Selepas 3 hari mak bagi sukun ni baru nak goreng. Dah agak ranum masa potong tu agak susah sikit. Tapi bila goreng sedap sangat rasa berlemak. Malam sebelum goreng beriya google resepi tapi kebanyakan bubuh air kapur, kita takde air kapur la, pastu ada yang bubuh telur. Hmm

Better whatsapp mak tanya, tapi mak2 ni dia bagi basic ingredients je takde sukatan semua, main agak2 sendiri la ye, guna lidah rasa sendiri hehe. So lepas agak2 haritu jadi jugak, yang penting laki kata sedap hihi.

2 sudu tepung beras
1 sudu tepung gandum
Minyak panas
Air 
Garam
Serbuk kunyit untuk warna

Campur je semua bahan tu, sampai kepekatan yang sesuai, pastu goreng dan siap untuk dihidang. ☺



© 2011; The Diary of a Nobody | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger